aku mimpi lagi tentang dia...
dalam sebuah bilik, ak menangis kerana rindukan dia
perlahan pintu dibuka...
tangisanku terhenti dan aku menoleh melihat siapakah yang datang
disebalik pintu muncul seseorang yang amat aku rindui
air mataku kembali menyambung alirannya
esakanku semakin kuat bila memandangnny
dia tersenyum manis memandangku
dengan perlahan dia melangkah mendekatiku,lalu duduk disebelahku
dengan penuh kasih sayang dia memelukku adn berkat
"shhh...jangan menangis sayang. abang sentiasa dekat denganmu dan sentiasa dihatimu.bila tiba masanya kita kan berjumpa dan bersatu.bersabarlah"
tangisanku terhenti dengan tiba-tiba dan aku memandangnya
dia membelai rambutku and mencium dahiku dengan penuh kasih sayang
dengan tiba-tiba pelukannya dilepaskan dan dia melangkah pergi
aku ingin meghalangnya pergi namun seluruh tubuhku kaku dan suaraku tiada
aku kembali menangis....tiba-tiba aku tersedar dari tidur.air mataku masih ada dipipiku dan dibantalku.
"I will wait for you"
No comments:
Post a Comment